Asia Metropolitan College Kuching menawarkan program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dengan kerjasama University of Cyberjaya. Dapatkan diploma yang berakreditasi penuh daripada universiti bertaraf 5 bintang.
Program ini memberikan pengetahuan lebih mendalam mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dalam usaha untuk melindungi pekerja daripada bahaya di tempat kerja. Pelajar akan mempelajari pelbagai subjek yang berkaitan dengan bidang ini seperti Peraturan Keselamatan & kesihatan, Keselamatan Pembinaan, Kesihatan Industri, Pengurusan Risiko OSH dan Siasatan Kemalangan antara yang lain.
Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai kemahiran teori dan praktikal untuk memudahkan pelajar menceburi pelbagai industri dan persekitaran.